Friday, February 21, 2014

Impi untuk menjadi isteri terbaik macam Mak

Salam,

Someone asked me to write in Bahasa Malaysia, so here I am....

Sejak mula-mula kahwin saya selalu diingatkan untuk mengutamakan tugas sebagai isteri. Mak patut menang piala pusingan :-) dalam kategori ni. Ingat lagi waktu saya mula teringat balik pesan mak, masa tu saya dalam pantang anak kedua, Khayla Anaqi. Mak masih bekerja, jadi ayah yg selalu menemani saya sewaktu dlm pantang.

It was during lunch, tapi masih jelas lagi sampai hari ni. Saya tanya ayah, " Ayah, how do you see Mak in your eyes?" Saya ingat sampai mati nanti jawapan ayah.. " Mak tu tempat dia hanya di Syurga, itulah ganjaran yg tepat untuk Mak."

Hati kecil saya meronta-ronta untuk bertanya lagi pd ayah, bukan saya tak tahu sikap mak yg memang seperti yg ayah jelaskan, tapi sy teringin nak dengar sendiri dari mulut ayah, seorang lelaki. Ayah sambung.. Mak Amy tu tak pernah melawan cakap ayah, jauh sekali meninggikan suara. Apa2 yg dibuat selalu mengutamakan perasaan dan kebenaran dari ayah dulu baru dia akan bertindak. Kalau dia cemburu, atau ragu, dia tak menuduh, dia diam dan bile dia tenang, dia tanya sebaik-baiknya.

Saya sebak dengar kata-kata ayah. Dan impi untuk jadi isteri macam Mak. Walau tak bersekolah tinggi, Mak seorang isteri yg 'berpangkat PHD', layak ke menara tertinggi, iaitu Syurga, dimata ayah. Walau ayah tegas dan garang, saya tak pernah sekali pun lihat mak melawan ayah. Tapi saya, kadang2 , walau tak selalu, menjawab bila ditegur suami.

Mak, doakan Amy jadi isteri seperti Mak, yang dibibir suaminya, sering mendoakan Syurga buatnya. Yang dimata anak2nya seorang ibu yang luar biasa. Mak, Amy yakin, sebab Amy dilahirkan dari rahim Mak yang suci, satu hari nanti, Amy akan dapat jadi bidadari dunia seperti Mak. InsyaAllah, I'm half way there...

No comments: